Erie: Seperti yang dijangka, juak-juak Pas atau lebih tepat lagi pencacai kepada DAP tetap menyokong Karpal dan masih menyalahkan kerajaan Barisan Nsional.
Malah Ulama terbitan Pas mengeluarkan fatwa bahawa undi DAP dibolehkan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Apa yang menjadi masalah sekarang, adakah kerajaan yang memerintah sekarang menolak hukum hudud? Kerajaan Barisan Nasional sehingga sekarang tidak pernah menghalang Nik Aziz melaksanakan hudud di Kelantan.
Berbeza dengan DAP yang begitu lantang menolak hudud, malah Pas masih mahu menjadi sekutu untuk menjatuhkan kerajaan, adakah Pas yakin bahawa DAP akan terima pelaksanaan Hudud jika PR menang?
Sedarlah wahai juak-juak Pas! Kamu merayu hingga menjilat kaki Karpal pun, beliau tetap dengan keputusannya untuk menolak hudud. Jadi hukum menyokong orang yang menolak hudud adalah HARAM!!!
KOTA BHARU – “Hukum boleh berubah mengikut keadaan” demikian reaksi Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud ketika diminta mengulas hukum orang Islam mengundi parti yang menentang Islam.
Sambil tidak menafikan bahawa hukumnya haram beliau berkata, ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO.
Katanya, dalam situasi sekarang dasar kerajaan BN jelas bercanggah dengan tuntutan agama dan ia sepatutnya ditolak walau dengan apa cara sekalipun.
“Mereka (UMNO, BN) tolak perjuangan Islam, tolak hukum hudud selain banyak kepincangan yang berlaku dalam pemerintahannya seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
“Maka kerajaan seperti ini mesti ditolak. Tanggungjawab kita sebagai pejuang Islam tidak boleh terus membiarkan kerajaan yang membenarkan kemungkaran berlaku.
“Untuk itu kita memang tidak mampu melainkan dengan adanya pakatan seperti sekarang. Kalau tak undi DAP kita tak boleh menang, jadi kita memerlukan satu gabungan yang besar untuk menjatuhkan kerajaan UMNO, BN maka ia dibolehkan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Semalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, persoalan itu perlu dijawab oleh Pas kerana jelas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
Difahamkan sebelum ini pemimpin tertinggi Pas seperti Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa mengeluarkan arahan meminta ahli-ahli parti mereka mengundi DAP.
Mengulas lanjut, Muhammad yang juga bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat mengakui kapasiti yang ada pada parti itu sekarang terlalu kecil dan ia memerlukan kepada satu pakatan kukuh bagi menumbangkan kerajaan BN yang mempunyai banyak komponen.

samala dengan passhit!!yang menentang hukum hudud 2 wajib di sokong..bengong punye pemimpin.