SHAH ALAM – Pergerakan Wanita Umno Bahagian Ampang meraikan 40 anak yatim dalam program membeli belah pakaian raya di sebuah pasar raya borong dekat sini, semalam.
Anak yatim itu yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun dipilih dari mereka yang kematian ayah atau ibu dalam Parlimen Ampang.
Turut meraikan mereka ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang bermurah hati membiayai pembelian pakaian raya itu.
Ketika ditemui pemberita selepas program itu, Dr Mashitah berkata, usaha dilakukan Wanita Umno Bahagian itu mengambil berat hal ehwal golongan memerlukan seperti kebajikan anak yatim baik.
Katanya, usaha itu wajar diikuti oleh Wanita Umno di seluruh negeri dengan turun padang di kawasan masing-masing melakukan kerja amal termasuk mengenal pasti keluarga daif dan memerlukan pertolongan untuk diberikan perhatian.
“Kalau sebelum ini mereka tidak mendapat perhatian, hari ini mereka mendapat sinar Ramadan dan mampu tersenyum ketika orang lain menyambut hari raya,” katanya.
Dr Mashitah berkata, dengan membawa anak yatim ini membeli belah di pasar raya, ia secara tidak langsung dapat memberikan kasih sayang kepada golongan berkenaan yang kematian ayah atau ibu.
“Saya lihat program Wanita Umno Bahagian Ampang ini membawa anak-anak yatim membeli pakaian untuk persiapan hari raya adalah usaha yang baik dan wajar dilakukan setiap tahun atau setiap kali musim perayaan”.

jENNrm Say, you got a nice blog article.Really looking forward to read more.
DWkUWu Im obliged for the blog post.Much thanks again. Really Great.